aku adalah aku . tak ade yang fake belaka ;)

aku adalah aku . tak ade yang fake belaka ;)
Mengira hari . mengira minggu . mengira bulan . mengira tahun . mengira minit . mengira saat dan detik yang akan tibe untuk temui diriku yang sederhana .

Saturday 1 December 2012

Bab 5


Tiga bulan berlalu, Risya masih lagi setia bekerja di syarikat Adam. Demi mencari rezeki yang halal tidak dipedulikan hati yang panas bila berdepan dengan mamat sengal tuh. Sape lagi kalau bukan Adam. Entah kenape hati Risya memang senang menggelegak macam air panas yang sedang mendidih dengan sikap Adam. Pantang bersua muka ade saja arahan yang membengkak kan hati dan jiwa yang akan keluar dari mulut mamat kerek tuh. Tapi tak lame je lagi aku kerja kat syarikat nihh. Sabar Risya tinggal lagi 7 bulan je lagi. Nanti aku dah pergi jauh dari sini. Tak payah lagi nak mengadap muka kerek Adam tuh lagi. Risya yang sedang berkata-kata dengan hatinya itu terkejut apabila ade orang menyentuh bahunya.

“Apelagi yang kau fikir Risya?” Soal Mia.
 Risya masih lagi berdiri di balkoni kediaman mereka sambil melihat kenderaan lalu- lalang. Argghhh! makin serabut kepalanya. Risya masih lagi mendiamkan diri. Mia meramas lembut bahu Risya seakan mengerti ape yang ade di fikiran Risya.

“kau dah fikir masak-masak sampai hangus Risya?”
 “Keputusan kau muktamad?”    

Risya ketawa kecil.

“Bukan hangus lagi dah hitam legam dah. Hehe.”

Mia menumbuk perlahan bahu Risya.

“Kau rase betol tak keputusan yang aku buat nih?”

Mia mencekak pinggang. Soalan aku tak jawab lagi dia boleh bagi soalan pulak. Soalan jawab dengan soalan, memang bagos kawan aku nih. Sempat lagi Mia mengomel dalam hati.

“Kau kan nak pergi sambung belajar je bukan nak pergi perang pun. Aku taw memang impian kau nak further study sampai overseaskan. Nilah peluang kau ape-ape pun aku sentiasa sokong kau Risya.”

Mia tersenyum.

Thanks Mia”.

 Risya tersenyum keriangan.











Hari yang indah dengan semangat yang berkobar-kobar Risya memulakan tugas hariannya di syarikat Adam. Terpancar jelas kebahagiaan di wajahnya. Aku kena semangat dan tabah. Setakat si kerek tuh aku tak heran lah. Janji aku buat kerja aku sudah. Risya masuk ke bilik Adam.

“Encik Adam, hari ini kita ade meeting dengan Datuk Kamal. Tentang projek usahasama di Cheras.”

Risya menerangkan appointment yang di buat oleh Datuk Kamal a.k.a rakan karib Tan Sri Yahya. Adam memandang tepat wajah Risya yang selamba itu. Ade sesuatu di wajah itu yang membuatkan Adam merindui mummynya. Mengganggu kehidupannya. Sekeping hati yang dulunya kering kontang seakan terisi dengan rasa cinta yang indah. Akan aku tawan hatimu yang keras itu. Azam Adam dalam hati.

“Pukul berape start meeting tuh Alia”?

“Pukul 2 encik Adam”

Risya menjawab  lagi.

“Ade ape lagi appoinmnet hari nih? soal Adam

“Itu saja Encik Adam”.

Risya menutup buku cacatannya. Bersiap untuk beredar keluar dari bilik itu. Dapat dirasakan renungan Adam yang luar biasa. Ape kenalah dengan dia nih. Kena sampuk hantu agaknya. Benci betol. Risya masih lagi beriak selamba.

“Ok. Awak boleh keluar”.

Adam meraup wajah. Badan disandarkan. Cuba menenangkan hati yang gundah gelana. Jam di tangan di lihat lagi sepuluh minit meeting dimulakan. Adam melangkah keluar ke bilik mesyuarat.


Hampir tiga jam mesyuarat dijalankan. Projek bernilai berjuta-juta itu perlu di usahakan dengan baik. Adam kembali semula ke bilik untuk mengambil briefcase dan beberapa fail projek. Jam sudah menunjukkan pukul lima petang. Staff sedang sibuk mengemas untuk pulang ke destinasi masing-masing. Adam menapak perlahan ke meja Risya. Di lihat Risya masih sibuk menaip walaupun sudah waktu balik.

“Alia, awak tak nak balik ke”?

Risya memandang Adam. Berkerut wajahnya.
“Ehh, Encik Adam kenapa tak balik lagi”?

Adam tergelak mendengar jawapan balas dari Risya. Hailah, budak nih. Aku tanye dia tanye aku balik. Pelik betol.

“cuba awak tengok jam sekarang dah pukul berape”

Adam tersenyum melihatkan telatah Risya.

“Ya Allah, dah balik rupanya”. Macam mane boleh tak perasan nih”.

Omel Risya perlahan. Dengan rase malu Risya membalas senyuman Adam. Terpana Adam dengan senyuman manis memikat Risya. Indah sungguh ciptaan mu Ya Allah.

“Jom, saye hantar awak balik”

“Ehh, tak pelah encik Adam. Saye naik teksi aje”.

“Tapi kat sini susah cari teksi taw. Sekarang pun dah lewat. Tak elok anak dara macam awak nih jalan sorang-sorang. Macam-macam boleh jadi.”

Adam membebel. Dengan terpaksanya Risya menerima perlawaan Adam.

“Saye jugak tak percaye dengan Encik Adam nih. Ape-ape jadi saye dial 999”.

Sempat lagi Risya bagi amaran keras kat Adam. Adam tergelak lagi. Baiklah sayangku. Bisik Adam dalam hati.









Di dalam kereta. Risya mendiamkan diri. Tidak di pedulikan celoteh dJ radio itu. Adam mengerling Risya. Cakaplah dengan saye Alia. Pandanglah muka saye. Saye rindu dengan semua itu. Macam manelah aku nak bagi tahu dia nih. Berat sungguh dugaan mu Ya Allah. Adam mengeluh perlahan.

“Alia boleh saye tanye awak sesuatu?”

Adam memandang Alia sekilas sebelum memfokuskan pada pemanduan.

“Ape dia encik Adam?”

Berkerut dahi Alia dengan perangai pelik bin ajaib bossnye itu. Janganlah dia buat perangai bukan-bukan pulak. Dah lah sejak-sejak nih perangai dia memang pelik. Dulu bukan main lagi muka ketat 24 jam, sekarang 48 jam asyik nak tayang gigi aje kerjanya.

“Awak dah ade special boyfriend?”

Tanpa memandang ke arah Risya,Adam bertanya. Makin berkerut 18 muka Risya dengan pertanyaan Adam.

“Kenape Encik Adam tanye?”

Soal Risya kembali. Penyakit Risya yang dah berkurun lame bertapak dalam badan. Tak akan mungkin ade ubat. Adam menarik nafas perlahan. Gelisah sungguh wajahnya ketika ini. Jantung berdegup dengan kencang. Tak pernah di rasakan perasaan macam nih selama hidupnya.

“ Awak percaye tak Alia kalau ade orang minat kat awak dalam gelap?”

“Maksud Encik Adam?”

Adam memberhentikan kereta di hadapan kondo Alia. Enjin kereta masih lagi hidup. Adam menggenggam stereng kereta kuat. Seakan berat sungguh ape yang nak di luahkan itu. Risya masih lagi memandang pelik ke arah Adam.

“Hmm… tak ade apelah. Satu hari nanti awak akan paham ape maksud saye yang sebenarnya.”

Adam tersenyum hambar seraya memandang lembut wajah Risya.

Risya menganggukkan kepala dengan penerangan Adam. Walaupun masih ade rasa pelik tapi dipendamkan sahaja rasa itu.

Anyway,thanks hantar saye balik hari nih. Menyusahkan Encik Adam saja.

Risya tersenyum manis. Menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya itu.

Adam terpaku. Senyuman manis memikat itulah yang telah merobohkan tembok besar cina dan India yang dibina Adam sejak bertahun-tahun lamanya.

“Sama-sama kasih Alia. Untuk awak ape saja saye sanggup buat.”

Adam membalas senyuman Risya. Adam memandang tepat ke dalam mata Risya. Menghantar isyarat cinta yang di rasakan Adam ketika ini. Risya melangkah keluar dari kereta. Adam melihat saja Risya masuk ke dalam kawasan kondo. Risya melangkah sambil mengurut perlahan dadanya. Ape yang dah jadi sebenarnya nih? Renungan mata Adam kerek tuh lain benar. Sarat dengan kasih sayang yang sangat mendalam. Tapi betul ke ape yang aku fikir nih. Risya menoleh ke belakang dan Adam masih lagi memerhati Risya. Risya meganggukkan kepala dan mempercepatkan langkahnya.

 Di dalam kereta, Adam meraup wajah yang kemerahan. Kau ibarat jinak-jinak merpati wahai sayangku.nafas di tarik dalam dan di hembus perlahan. Adam meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah.





0 comments:

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers