aku adalah aku . tak ade yang fake belaka ;)

aku adalah aku . tak ade yang fake belaka ;)
Mengira hari . mengira minggu . mengira bulan . mengira tahun . mengira minit . mengira saat dan detik yang akan tibe untuk temui diriku yang sederhana .

Monday 12 November 2012

Bab 3



 Adam menjawab perlahan. Nampak aje kelibat Risya, Kelam kabut Mia tarik tangan Risya.

 “Kenape dengan kau nihh Mia? Macam nampak hantu je”.

  “Ha’ah. Aku nampak hantu".

  “Kau biar betik”?

 Risya bertanya dengan lurus bendulnya. Mia menepuk dahi.

 “Bukan lah. Issshhh kau nihhh. Ape cerita kat dalam tadi. Lama jugak aku tunggu. Aku ingat kau dah kena makan tadi”.

 Terkekeh-kekeh Mia tertawakan Risya. Risya bercekak pinggang.

 “Banyak lah kau punya kena makan".

 Risya tersenyum kembali.

 “Guess what”.

Terangkat-angkat kening Risya.

“What”?

 “Aku dah dapat kerja tuh, Alhamdulillah”.

 Risya terus memeluk sahabat baiknya. Mia macam tak percaya tapi kena percaya jugak sebab kawan aku nihh tak pandai menipu.

 “Congrats Risya”.

 Lafaz syukur di ucapkan dalam hati. Tersenyum Mia.

“Disebabkan aku dapat kerja hari nihh, aku belanja kau makan nak”?

  “ Nak-nak”.

  “ Tapi makan dekat rumah je. Aku masak special untuk kau. Lagi jimat tak membazir”.

 Risya mengenakan Mia.

  “Aku ingatkan makan dekat HOTEL FIVE STARS ke tadi”.

 Risya tergelak.

 “ Tak apelah janji makan”.

 Mia berkata seraya kembali semula ke meja. Sampai sahaja ke rumah dengan menaiki teksi, Risya terus mandi dan solat. Agak lama jugak dia tawaf satu shopping kompleks tuhh. Mencari baju yang sesuai untuk ke pejabat esok. Walaupun dari kampung tapi image tetap kena jaga. Biar nampak menarik dan muslimah. Prinsip si Risya nihh yang entah ape-ape. Sambil menyanyi kecil Risya menuju ke dapur. Mood gembira yang tinggi mengalahkan ketinggian Gunung Everest. Peti sejuk di buka, menjengah bahan-bahan untuk masak something special malam nihh. Tak sedap tak ape sebab Mia jenis tak kisah makan lauk kurang garam or terlebih gula. Janji makan. Astagfirruallahhala’zim, masak biar ikhlas Risya. Hehe. Ayam,sayur dan telur dikeluarkan. Risya berdiri di tepi sinki sambil berfikir ape nak masak yea. Tangan naik mengusap dagu. Macam nak selesaikan masalah Negara je gaya si Risya nihh.

“Ha! Nak masak ayam masak merah,sayur tumis dan telur goreng”, complete.

 Terjerit kecil si Risya nihh bila dapat idea yang sangat bernas tuhh. Dah macam MASTER CHEF  je. Mia dengan Balqis yang baru sampai dari office berpandangan seketika. Pelik dengan keadaan Risya. Macam orang gila cakap sorang-sorang.






“Assalamualaikum!

 Serentak Mia dan Balqis memberi salam.

 “Owwhhh! Mak kau bagi salam”!.

 Terlompat Risya mendengar salam yang kuat di ruangan dapur yang sederhana besar itu. Risya mengurut dada perlahan seraya memandang kedua-dua sahabatnya yang sedang ketawa terbahak-bahak tuhh. Sampai meleleh air mata Mia dengan Balqis.

“Ya Allah,nasib baik aku tak ade sakit jantung taw. Kalau tak dah lama jalan”.

Risya berkata dengan muka yang masam.

 “Sejak abad ke berapa kau pandai melatah nihh Risya?”

Mia sudah reda ketawanya.

“Yelahh Risya, tak pernah pulak dengar kau melatah sebelum nihh”.

 Balqis tersenyum ke arah Risya.

 “Mahu tak terkejut. Kau orang bagi salam macam nak roboh rumah nihh”.

 “Ok-ok. Maafkan kami yea nenek tua. Hehehe”.

 Terangguk-angguk kepala Balqis mengiakan kata-kata Mia yang serupa macam tak ikhlas minta maaf.

 “Tahu tak ape.”

 Risya kembali menyambung kerja memasak yang tergendala tadi dengan senyuman manis di bibir. Itulah sikap Risya yang disenangi oleh Mia dan Balqis tak mudah marah. Menerima semua masalah dengan tenang dan Redha. Mereka melepak di ruang tamu sambil menonton televisyen. Tv3 menjadi tontonan. Sudah kenyang dan solat maghrib memang inilah kerja tiga orang anak dara nihh. Bergosip sebelum masuk tidur.

 “Mia! Boss kau tuhh memang pelik ke perangai dia”?

 Mia yang sedang khusyuk tengok drama melayu tuhh berdecit sedikit mendengar pertanyaan Risya.

 “Ha’ah”.

 Sepatah je perkataan keluar dari mulut Mia. Mentang-mentang tengah layan drama melayu hal ape pun Mia tak kisah ape jadi.

  “Weyhh! Mia kau dengar tak!?”

 Risya mencubit lengan Mia. Balqis yang sedang menonton memandang sahaja perangai pelik kedua sahabatnya itu.

 “Isshhh! Kau nihh, aku dengar lahh. Kan aku dah jawab tadi”.

 Mia menggosok lengannya yang kelihatan merah akibat cubitan Risya yang macam mak ketam. Risya menayangkan muka tak puas hati. Mia yang perasan akan pandangan temannya itu berkalih pandang ke arah Risya. Menumpukan sepenuh perhatian kepada soalan Risya tadi.

 “Fine! Perangai dia memang pelik dan bajet bagus je. Tapi bila angin monsun tropika dia aje tak ok”.

 Risya menggaru kepala yang tidak gatal.

 “Kenapa kau tanya”?

Mia mengalihkan pandangan ke skrin televisyen.tidah mahu ketinggalan dengan cerita drama kesukaan dia tuhh.

“Saje je”

Risya tersengih-sengih menjawab. Mia yang mendengar hanya mengangkat bahu tanpa memandang muka Risya. Memang pencinta drama melayu betol si mia nih

0 comments:

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers