aku adalah aku . tak ade yang fake belaka ;)

aku adalah aku . tak ade yang fake belaka ;)
Mengira hari . mengira minggu . mengira bulan . mengira tahun . mengira minit . mengira saat dan detik yang akan tibe untuk temui diriku yang sederhana .

Friday 2 November 2012

Bab 1 :




Krinnggggg!!!!!.  Risya masih lagi tidur dengan nyenyak. Bagaikan tak ade  ape yang berlaku. memang tidur mati si Risya ni. Kalau ade bom dekat sebelah pun belum tentu dia bangun. Jam lonceng masih lagi berbunyi.
 
” Hoiiii!!! Risya!! Bangun-bangun. Pukul berapa kau nak pergi interview nihh? Kau ingat syarikat tu ade share dengan kau ke? Suka suki nak datang lambat”.


Bebel mia dekat luar pintu bilik Risya sambil tangan tak henti-henti ketuk pintu. Sampai nak tanggal pintu dikerjakan mia. Risya bangun dengan malas menuju ke arah pintu.


“Ape nihhh mia bising pagi-pagi buta nihhh ? aku nak tidur lahh”.


 Tangan naik menggaru kepala yang dah sedia serabut. Maklumlahh baru bangun tidur.


“ Nak tidur kau cakap? Kau tahu tak dah pukul berapa nihh? Cuba kau tengok jam kau yang memekak je tuhh,dah pukul berapa sekarang.”

 Berkerut-kerut muka mia bercakap dengan Risya sambil bercekak pinggang. Dah macam mak kejutkan anak je gayanya.  Risya masuk ke dalam bilik semula. Jam yang masih berbunyi dimatikan sekaligus mata menjeling jarum jam.

” Alamak!! Mia!! Dah pukul 7.30pagi nihhh . habis aku . kenapa kau tak kejutkan aku mia”?

 Risya bercakap macam dia tak buat salah langsung dalam dunia nihh. Kelam-kabut Risya ambil tuala dan pecut masuk ke dalam silent room a.k.a toilet. Mia dengan muka yang bengang habis ketuk pintu toilet sambil menjerit,

 “Padan muka kau Risya”!!.

Mia berlalu keluar dari bilik Risya dengan bebelan yang serupa macam mak nenek. Risya sudah bersiap  dengan mengenakan baju kurung kain kapas berwarna putih susu serta bertudung hitam. Penampilannya pada pagi itu  makin menyerlahkan lagi wajahnya yang sedia asli putih gebu itu.

   “Ok baju kurung passed, tudung passed”.

Risya masih lagi terpacak depan cermin besar itu. Membelek-belek muka dengan wajah yang ceria. Muka Risya memang sudah sedia cantik walaupun tanpa secalit mekap. Kulitnya yang putih kemerah-merahan tu memang nampak cantik pakai ape-ape pun. Dengan pantas Risya mencapai handbag serta fail untuk sijil-sijil kelayakkannya.


 “Ha, Risya aku  ingatkan kau pengsan tadi dalam bilik tuhh”.
 “Lama betul aku tunggu kau nihh”.


 Mia masih lagi dalam mood membebel shif morning. Risya melemparkan senyuman yang mampu menggugat iman siapa-siapa pun tapi tidak bagi Mia yang kepala batu nihh.

 “ Alaaaa, Mia. Aku mintak maaf yea.Aku janji tak buat lagi” .

 Dengan mata yang terkelip-kelip, teknik Risya nak memujuk Mia. Konon manja lahh tuhh. Mia tarik nafas dalam dan dilepaskan perlahan.

” Ok-ok aku maafkan. Kau buat salah seribu kali pun aku tetap maafkan”.

 Mia berkata sambil tersenyum”.

 Mereka berpelukan seketika tanda perdamaian.

 “Let’s go, kita dah lambat nihh . Boss aku tuhh paling tak suka dengan orang leceh nihh”.

 Risya tersenyum seraya membuntuti langkah Mia masuk ke dalam kereta. Terngaga mulut Risya melihat bangunan yang entah berapa belas tingkat tu.

” Hoi, Risya… kalau yea pun jakun tutup lah mulut tuh dulu. Buat malu aku je kau nihh”.

 Mia menegur Risya yang sedang tersengih-sengih sambil Risya menutup mulutnya.

 “First time aku nampak bangunan tinggi macam nihh Mia. Kau tahu je lah kan masa kita dekat U dulu aku jarang keluar, tuh yang jakun sikit nihh”.


 Mia menggelengkan kepala mendengar sesi luahan hati Risya. Risya membetulkan baju kurung yang dipakainya. Nasib baik tak renyuk. Mereka melangkah masuk ke dalam bangunan yang tinggi mencakar langit itu. Setiba di tingkat 18 bangunan tersebut, Mia meletakkan handbag serta onkan komputer. Mata menjeling sedikit kearah bilik big boss+sombong+ego= Kasyfi Adam Daniel Bin Tan Sri YAhya.


” Ya Allah, nasib baik kita sampai dulu sebelum boss kerek aku tuhh datang taw Risya”.


 Mia berkata seraya memandang Risya yang sedang duduk di atas sofa tempat ruang menuggu itu. Risya sekadar tersenyum mendengar rungutan kawan dunia akhiratnya tuh. 10 minit kemudian, datang seorang jejaka kacak. Ketinggian yang ideal bak model. Kulit putih bersih dengan kening yang tebal. Tapi tiada senyuman yang menghiasi wajah kacaknya itu. Sayang, muka handsome tapi berlagak. Risya yang sedang membaca majalah success itu tidak di pandang langsung oleh lelaki tersebut. Hempasan pintu yang kuat membuatkan Risya sedikit terkejut.


 “Sape tuh Mia? Sombong je. Aku yang ade dekat sini pun dia tak nampak ke.”


 Mia mengangkat sedikit kepala untuk melihat Risya.


 “ Ha. Tu lah boss aku yang kerek tuhh. Kau hati-hati sikit Risya, dia tuhh allergic dengan perempuan”.


Tercebik-cebik mulut Mia mengata pasal bossnya.


Owhh . yeke. Tak kisah lahh Mia yang penting aku dapat kerja.


 Mia menganggukkan kepalanya. Bunyi interkom menggangu sedikit sesi perbualan mereka.


 “Mia, enter my room. Now!”.


 Tak sempat Mia nak jawab “yea boss”, talian dah dimatikan. Mia menggosok telinganya akibat pekak mendengar suara tarzan mengilai di talian. Dengan pantas Mia bangkit dari kerusi yang di dudukinya serta memegang buku kecil dan pen.


”Risya, kau tunggu sekejap yea. Boss dah panggil tuhh”.


 Risya yang sedang leka membaca majalah hanya menganggukkan kepala. Mia mengetuk daun pintu. Kedengaran arahan MASUK dari dalam. Segera Mia melangkah masuk.


Yess boss”?


Adam yang sedang membelek Iphone di tangan mengangkat muka memandang Mia. Adam menunjukkan muka serius.


” Ha,Mia… dah sampai PA saya tuhh”?


  “Dah boss. Agak berjanggut jugak tunggu boss datang office”.


 Tersenyum sedikit Adam mendengar jawapan dari mulut Mia.


 “Then,mana dia? Saya tak nampak pun tadi” ?


 “Mana boss nak nampak kalau dah berjalan menonong je masuk, tak toleh kiri kanan langsung”.


 Mia selamba dog je menembak boss kerek tuhh.


                                                      “Panggil dia masuk sekarang”.


Adam berkata seraya membuka fail di atas meja. Mia dengan muka terpaksa telan biji durian menjawab,


 “Yalah boss”.


  “Risya, kau masuk jumpa boss. Baca lah selawat banyak-banyak. Moga-moga kau tak kena makan hidup-hidup”.


 Risya memandang muka Mia yang kelat.


 “Ok. Doakan aku berjaya yea”.

 Risya melemparkan senyuman buat teman yang sedang bergelodak mood itu.

 “InsyaAllah, kau mesti dapat.

Mia tersenyum kembali. Risya membetulkan baju kurungnya. Nafas ditarik perlahan. Dengan lafaz Bismillah, Risya melangkah seraya mengetuk pintu.

“Masuk”.

  Risya berdiri di hadapan Adam.

” Assalamualaikum Encik”.

 Adam terkaku.

2 comments:

Cik Puan Epal said...

best2..manggis suke :)

Cik Puan Epal said...

best2..manggis suke :)

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers