aku adalah aku . tak ade yang fake belaka ;)

aku adalah aku . tak ade yang fake belaka ;)
Mengira hari . mengira minggu . mengira bulan . mengira tahun . mengira minit . mengira saat dan detik yang akan tibe untuk temui diriku yang sederhana .

Wednesday 7 November 2012

Bab 2



Seminit . Dua minit. Tiga minit. Risya menggoyangkan tangan kanannya dihadapan muka Adam yang asyik benar melihat wajahnya. Nampak hantu ke dia nihh. Mesti tak ok baju kurung yang aku pakai. Tak pun tudung aku. Kasut aku ke? Risya membelek pakaiannya. Adam yang baru tersedar dari lena yang tak berapa panjang membetulkan duduk.

 “Ehemm.. Ok. Silakan duduk cik… err….

Risya pantas menjawab .

 “Risya. I mean NUR ALIA KASYRISYA BINTI SAIFUL”.

 Risya melemparkan senyuman manis. Terpegun Adam seketika. Ape kena dengan aku nihh . Tak pernah dengan Perempuan macam nihh, Hari nihh jadi lain pulak. Salah makan ke aku pagi tadi. Issshhh. Tak mungkin lah. Adam menyentuh dada. Degupan jantungnya berdegup dengan pantas. Macam berlari marathon 200 meter. Ahh. Sudah,kenapa dengan aku nihh!? Risya melabuhkan punggung di atas kerusi empuk itu. Adam memfokuskan fikiran. Membuang jauh perasaan yang tiba-tiba menjelma.

 “ May I see your resume”?

 Risya menghulurkan failnya.

 “Ok. Tell me about your experience”.

 Adam membuka dan meneliti fail tersebut.

 “Eerrr… sebenarnya saya tak ade pengalaman bekerja encik”.

 Risya dengan muka serba salah menjawab pertanyaan Adam. Adam memandang wajah ayu Risya.

 “Can I call u Alia”?

Risya mengangguk.

 “Macam mana cik Alia nak bekerja disini jika tak ade pengalaman bekerja”?

 Risya menggigit bibir.

  “Tapi saya ade kelayakkan yang bagus untuk menjawat jawatan yang disediakan oleh pihak syarikat”.

 “Awak tahu ape jawatan tuhh”?

 “Sebagai PERSONAL ASSITANT encik”.

  “Kalau saya bagi awak jawatan sebagai TEA LADY macam mane’?

 nak tercabut rahang Risya dengar. Penat-penat aku belajar. Perah otak macam nak gila, last-last dapat jawatan TEA LADY. Huhh. Tak nak aku.

 “Never mind, saya boleh cari kerja dekat tempat lain”.

 Risya menolak kerusi dan bangun.

 “Nanti dulu”.

 Adam menahan Risya dari keluar.

 “Macam mane nak kerja kalau cepat marah”?

 Risya blurrr..

  “Maksud encik”?

 Adam membetulkan duduknya yang tidak selesa .

 “Maksud saya, Saya Cuma testing awak je tadi”.

 Adam masih mempamerkan wajah serius.

 “Ha”??

Nampak comel muka Risya pada pandangan mata Adam.

 “Forget about that. Awak duduk dulu”.

 Risya kembali duduk.

 “Macam nihh cik Alia, saya memang perlukan kelayakkan dan pengalaman untuk jawatan nihh. Saya tak nak banyak kali bertukar PA baru je”.

 Berkerut muka Risya. Ape yang dia nak sampaikan nihh. Langsung aku tak paham. Dah lah perangai pun pelik. Patutlah Mia tuhh hari-hari tak ade mood. Adam membelek lagi fail tersebut.

 “Ok. Saya terima cik Alia bekerja sebagai PA saya”.

 Adam bangun sambil menghulurkan tangan sebagai persetujuan.

 “Risya bangkit dari duduk dengan muka yang terkejut.

 “Err… maaf encikk. Saya”…

Risya memandang huluran tangan Adam.

  “Sorry”..

 Adam menarik tangannya kembali sambil CONTROL MACHO.

Terima kasih encik”.

 Tersenyum gembira Risya sambil menapak keluar dari bilik Adam.
      “Sama-sama”.

0 comments:

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers