aku adalah aku . tak ade yang fake belaka ;)

aku adalah aku . tak ade yang fake belaka ;)
Mengira hari . mengira minggu . mengira bulan . mengira tahun . mengira minit . mengira saat dan detik yang akan tibe untuk temui diriku yang sederhana .

Monday 19 November 2012

Bab 4



 Risya memulakan hari pertama bekerja di syarikat itu dengan senyuman yang macam menang loteri berjuta-juta. Senyum sampai ke telinga dan hati. Aikk, hati ? Penampilan Risya lengkap sebagai seorang setiausaha tapi tetap menutup aurat. Senyuman ikhlas diberikan kepada rakan tugas yang lain.


“Hai, Risya… mimpi bulan jatuh keriba  ke”?


 Terangkat-angkat kening Mia menyoal Risya. Risya tersengih-sengih.



“Ha’ah.. Aku mimpi dapat tiga bulan sekali. Siap ada jantina lagi taw.”


Mia mencebikkan bibir. Tanpa mempedulikan Mia, Risya menghidupkan suis komputer bersiap sedia nak mulakan tugas pertama yang akan diberikan oleh ENCIK ADAM nanti. Tepat jam 8.30 pagi, seorang jejaka kacak siapa lagi kalau bukan si kerek tuh a.k.a Adam bersama seorang gadis jelita masuk ke dalam bilik pejabat. Risya terpegun seketika melihat gadis jelita tadi. Siapakah dia? Cantik dan manis. Kecil molek orangnya. Risya mengelamun. Mia memetik jari di hadapan muka Risya. Tersentak Risya dibuatnya.

“kau kenape?”
Mia pandang pelik ke arah Risya.


“Sape tuh Mia?”
“Ha tu kawan baik boss kita tuhh. Diaorang kawan sejak kecik lagi. Family diaorang pun memang kamceng lah”.


Bersungguh-sungguh Mia cerita. Risya hanya terangguk-angguk macam burung belatuk. Interkom berbunyi, kedengaran suara Adam menyuruh Risya untuk masuk ke biliknya. Risya membawa pen dan buku nota senang nak catat apa yang dikehendaki boss nya nanti. Maklumlah, Dia nih pelupa orangnya. Belum tua lagi dah nyanyuk. Risya tegak berdiri di hadapan kedua-dua manusia nihh. Apehal diaorang nihh tengok aku macam nak makan. Dah tuhh tersenyum-senyum pulak. Pelik aku,gumam Risya dlam hati. Risya melemparkan senyuman dengan muka yang berkerut.

Well, Niel this is your new PA?”

Tersenyum manis Lana memandang Risya. Ayunya wajah dia. Sejuk mata memandang. Bila senyum ade lesung pipit kat dua-dua belah pipi dia. Tak pakai mekap pun. Memang betul-betul wajah perempuan melayu terakhir nihh. Komen Lana dalam hati.

“Yups…

Adam menjawab sepatah terus mengalihkan pandangan. Apelah sakit hati aku nihh? Nampak muka dia aje datang sakit pelik nihh. Aku kena cek doktor nihh takut ade penyakit serius. Isshhh, mintak dijauhkan.







“Hai… I’m Lana. Kawan Encik Adam”.

Lana menghulurkan tangan tanda salam perkenalan. Risya menyambut dengan senang hati walaupun terjentik perasaan pelik.


“Saye Risya.. Nur Alia Kasyrisya. Setiausaha baru dekat sini”.

Nice name, sepadan dengan orangnya”.
Lana memuji dan senyuman ikhlas diberikan untuk sahabat barunya. Kembang setaman dan semangkuk kejap si Risya nihh . Control Risya. Risya tersenyum manis. Lana menjongket kening ke arah Adam. Adam tak pedulikan isyarat yang diberikan Lana.


“Risya,awak semak fail nihh. Saya nak hari nihh disiapkan jugak. Pastikan jangan hilang. Fail tuhh penting”.

Adam letak fail tersebut di atas meja. Risya ambil dengan muka yang selamba.

“Ade apelagi pesanan Encik Adam”?

Adam masih lagi mempamerkan wajah serius. Bajet macho lah tuhh.

“Tak ade. Awk boleh keluar”.

Risya melangkah keluar dengan muka yang kelat. Ingat aku nih tak tahu buat kerja ke. Siap pesan lagi, macam lah aku nih budak kecik. Sabar je.

“Woww… Ape tuhh”? Lana tersengih-sengih

“What”? soal Adam

“Layan pekerja macam banduan nak kena hukum gantung je. Muka bukan main serius lagi”.

Lana ketawa terkekeh-kekeh. Adam tak hiraukan Lana yang galak ketawakan dirinya.

“I tak nak staff pijak kepala I. Tapi tak salahkan. I kan boss kat sini.”

Adam berkata dengan bangga. Lana menggelengkan kepala.

“Suka hati u lahh Niel. Jangan nanti TERSANGKUT sudah”.

Pandangan pelik dilemparkan ke arah Lana.

“Ok lah, Niel I gerak dulu. Ade kerja sikit.

“Ok. Hati-hati”.

“Hey, I bukan budak kecik lagi lah”.

Tersenyum Adam dengan gurauan Lana. Bercakap dengan Lana menghiburkan hatinya. Lana sudah dianggap macam adiknya sendiri. Lagipun Adam nihh anak tunggal sama padan lah dengan Lana tuh.

Risya yang sedang tekun menyemak fail tersebut diganggu dengan suara serak basah Mia. Kacau je Mia nih.

“Weyh, jom…”

“Pergi mane?”

“Makanlah… Cacing dalam perut aku dah mintak makan nihh”.

Risya melihat jam di tangan. Ya Allah, tak perasan dah lunch hour rupanye. Ralit sangat dengan kerja keadaan sekeliling langsung tak dipedulikan si Risya nih.

“Ape lagi kau tunggu tuhh. Cepatlah. Eeee, kau nih.”

Mia berdiri mencekak pinggang. Muka dimasamkan tanda marah dengan Risya. Pasal bab makan tak boleh tolak ansur langsung Mia nih. Macam mati je lewat makan walaupun dalam satu saat.


“Jomlah… Marah je makcik nih. Nanti cepat tua baru tahu. Tak ade sape nak masuk minang.”


Risya tertawakan Mia. Muka masam Mia buat Risya tergelak. Pasal makan sanggup Mia marahkan dirinya. Sampai hati betul mia nih. Tapi Risya langsung tak amek hati dengan perangai Mia. Dah masak sangat dengan mia nih. Mia tersenyum melihat wajah riang Risya. Mereka berjalan beriringan menuju ke warung di hadapan office.  






Adam berjalan keluar dari bilik. Melihat sekeliling. Mane pergi semua orang? Allah.. Tangan menepuk dahi. Jam di tangan di lihat. Dah waktu makan tengahari. Patut je ‘budak’ tuh tak hantar lagi fail aku bagi tadi. Panggilan ‘budak’ tuh untuk Risya. Entah kenape Adam panggil Risya dengan panggilan macam tuh. Adam meneruskan perjalanan. Mengisi perut yang lapar lagi bagus. Perut yang berbunyi ditepuk perlahan. Risya mengeliat perlahan sambil mengurut jari jemari yang lenguh. Akhirnya siap jugak kerja nih. Fail tersebut dicium tanda berpuas hati dengan kerjanya. Mata menjeling ke bilik Adam. Hmm, nasib baik ade kat bilik dia. Tadi lunch hour lambat pulak masuknya. Nak heran ape dia CEO syarikat kan. Dengan perlahan Risya menuju ke bilik Ikram untuk hantar fail yang di bagi tadi.

“Encik Adam,nih failnya. Saye dah siapkan.”


 Fail tersebut di letak di atas meja. Adam yang sedang menulis mengalih pandangan ke arah Risya. Badan disandarkan ke kerusi dan reaksi muka macam biasa masam macam nasi basi.

“Kenape lambat hantar fail nih?”

Risya terpinga-pinga. Tangan naik menggaru kepala. Reaksi Risya bile panik. Muka ditundukkan ke bawah sebelum Risya memandang wajah Adam dan menjawab.

“Tapi tadi kan Encik Adam suruh saye taip semula kesalahan ejaan dalam fail tuh?”

Tak kan dah lupa kot dia nih. Saje je nak menyusahkan aku mamat nih. Oppsss!


“Yeke, Saye ade suruh macam tuh? Never mind. Awak boleh keluar.”


Adam dengan selamba menyemak fail itu tanpa mempedulikan muka Risya yang bengang. Ya Allah, sabarnya aku dengan mamat sengal nih. Risya mengurut dadanya perlahan.


“Hoi.. Kau sakit jantung ke?”

Mia tergelak kecil sambil sibuk mengemas meja yang berselerak dengan kertas. Risya memandang muka Mia dengan tak puas hati.

“Issshh, Kau nih mulut tuh tak baik taw. Aku geram dengan mamat sengal kat dalam tuh. Dah tak cakap thanks suka suki dia aje buat orang macam patung.”

“Dia buat ape kat kau Risya?”

Mia menghampiri Risya yang sedang mencuka mukanya.

“Tak ade lah buat ape sangat tapi sombong giler. Tak hargai langsung kerja orang. Tahulah dia boss. Menyampah betul aku.”

Risya menutup suis komputer dan mengambil handbag dalam laci.

“Dah lah tuh, jom kita balik. Aku masakkan kau maggi kari berapi dengan air milo ais sejuk dan dingin.”

“hati aku tak panas tapi sakit hati”.

Risya masih lagi merungut. Mia tersenyum mendengar omelan Risya. Marah-marah pun sempat lagi nak bergurau.

“Jemput minum airnya Niel”

Mak Timah mengulurkan air Nescafe kegemaran Adam. Adam menyambut sambil tersenyum. Wanita itu sudah di anggap seperti ibunya sendiri. Tak pernah di anggap macam orang gaji dalam rumah banglo tiga tingkat itu. Membesar bersama Mak Timah membuatkan Adam menyayangi wanita itu. Perwatakan Adam jugak berubah menjadi seorang lelaki yang penyayang. Panggilan manja “Niel” hanya keluarga saja yang memanggilnya begitu. Arwah mummy Adam, Puan Sri Yasmin yang mulakan memanggilnya dahulu. Adam tidak suka orang lain memanggilnya dengan panggilan itu. Baginya nama manja itu mempunyai kenangan yang paling indah dalam hidupnya.

“kenape nih Niel? Mengelamun jauh Mak Timah tengok.”

Mak Timah menepuk perlahan bahu Adam. Adam memandang wanita yang sudah di anggap macam ibunya sendiri itu.

“Tak ade ape Mak Timah. Tiba-Tiba teringatkan arwah mummy”.

Berkaca mata Adam meluahkan kerinduan terhadap mummynya. Puan Sri Yasmin meninggal dunia waktu dia umur 10 tahun. Penyakit breast cancer telah meragut nyawa Puan Sri Yasmin. Sejak kematian Puan Sri Yasmin, Adam mula berubah menjadi seorang yang pendiam. Tidak ceria seperti Puan Sri Yasmin masih hidup. Walaupun sekarang Tan Sri Yahya selalu berada di rumah tetap tidak sama dengan kehadiran mummy.

“Sabar lah Niel. Allah lebih sayangkan arwah mummy Niel.”

Mak Timah memegang tangan Adam seakan memberi semangat kepada anak muda itu. Mak Timah mengerti akan kesedihan yang di alami Adam. Dia juga merindui wanita yang hebat itu. Adam agak rapat dan manja dengan mummynya berbanding daddynya. Puan Sri Yasmin seorang wanita yang tinggi budi bahasa dan lemah lembut orangnya. Walaupun mempunyai kekayaan tidak pernah sekalipun Wanita itu pandang rendah pada golongan miskin. Cuma sayang Yang Maha Esa lebih menyayangi Puan Sri Yasmin.  Adam tersenyum hambar.

“Daddy mane Mak Timah? Dari tadi Niel tak nampak?”


Adam melilaukan mata mencari kelibat daddynya.

“Daddy Niel pergi ke rumah kawannya. Katanya ade majlis kesyukuran.”

Adam mengangguk perlahan.

“Dah, jangan sedih-sedih. Nanti tak handsome muka tuh. Dah macam muka kambing tak mandi seminggu je.

Adam tergelak kuat dengan gurauan Mak Timah. Ade ke dia samakan muka aku yang kacak dan macho nih dengan kambing. Tak patut betul Mak timah nih. Mak timah ikut ketawa sama melihatkan wajah Adam yang telah bertukar ceria itu.

0 comments:

Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers